Quantcast
Channel: MyInfoVitamin » Vita-Lea
Viewing all articles
Browse latest Browse all 6

TERBONGKAR!! Vitalea Shaklee ROSAKKAN Buah Pinggang Pulak!

$
0
0

Baru baru ini, kecoh sekejap apabila Vita-lea Shaklee iaitu sejenis multivitamin popular Shaklee dikatakan boleh merosakkan buah pinggang. Sebuah syarikat X telah menjalankan ujikaji kesan beberapa produk kesihatan termasuklah Vitalea Shaklee terhadap buah epal.

Eksperimen Vitalea Shaklee Rosakkan Buah Pinggang

Selepas melakukan rendaman beberapa ketika , didapati epal didalam bekas Vitalea bertukar menjadi hitam! Jadi betulkah Vita-lea Shaklee ini benar benar merosakkan buah pinggang ?

Jadi, geng kami sendiri telah melakukan eksperimen untuk melihat adakah benar apa yang didakwa itu.

Ekperimen dilakukan dengan menghiris epal kepada bahagian bahagian kecil dan diletakkan dalam beberapa rendaman vitamin

  • Garlic Complex
  • Chewable Vita C 100mg ( anti oksidan)
  • SR Vita C 500mg ( anti oksidan)
  • Vitalea Shaklee
  • Air kosong (kawalan)Ekperime Vita-lea Shaklee Rosakkan Buah Pinggang

 

Jom kita lihat apa yang terjadi ?Eksperimen Vitalea Shaklee

Ini hasil selepas 16 jam.

Kita dapat lihat, rendaman dalam Garlic, Chewable Vita-C dan Sr Vita-C masih elok. Sedangkan dalam Vitalea sudah bertukar kehitam hitaman manalaka dalam gelas air kosong juga sudah lebam.

Eksperimen Vita C Shaklee Anti Oksidan, VitaleaHasil selepas 24 jam

Credit Gambar: VitaminKita CelikNutrisi

Hirisan epal dalam dari gelas Chewable Vita-C dan SR Vita-C masih utuh dan cantik. Sampel dari Garlic sudah menunjukkan sedikit teroksida. Gelas air kosong semakin lebam dan dari rendaman Vita-lea sudah hitam.

Jadi betullah Vitalea Shaklee ini rosakkan buah pinggang ?

Nanti dulu, kita ada 2 kesimpulan disini

Sebelum tu, jom kita gali dulu info pasal Vita-lea ni.

Vita-lea Shaklee adalah multivitamin yang mengandungi 28 jenis vitamin dan mineral untuk tubuh termasuklah iron (zat besi).

Vita-Lea Shaklee

Vita-Lea Shaklee 

Iron  adalah komponen penting hemoglobin, iaitu bahan dalam sel darah merah yang membawa oksigen dari paru-paru kita untuk diangkut ke seluruh badan anda. Jika kita tidak mempunyai cukup zat besi, tubuh kita tidak dapat mengangkut oksigen ke organ badan yang lain secara efisyen. Akibatnya kita akan mengalami rasa letih. Kekurangan sel darah merah dipanggil anemia atau kekurangan zat besi.

Iron dalam bahasa saintifik juga dipanggil Ferum (Fe). Ferum ini mudah teroksida sifatnya. Lebih lebih apabila ia “bertemu” dengan air dan udara (oksigen). Contoh seperti besi pagar rumah kita, bukan kah lama kelamaan biar berhujan dan berpanas ia akan bertukar rupa menjadi karat. Karat ini adalah contoh teroksida. Bertukar rupa, bertukar wajah, bertukar sifat.

Jadi adalah wajar untuk Vita-lea yang mengandungi formula Iron yang direndam dalam AIR dan terkena UDARA akan teroksida dengan cepatnya. Dan epal tadi bertukar  menjadi kehitam hitaman.

Ini menunjukkan eksperimen yang dilakukan oleh syarikat tersebut  bersifat hentam kromo. Tidak mengkaji secara teliti terlebih dahulu dan seolah olah ingin memburukkan produk Shaklee di mata umum !

Jadi, adakah buah pinggang kita pun akan hitam ?!

TIDAK ! Ini kerana badan kita sememangnya memerlukan zat besi untuk untuk tugas yang telah saya nyatakan diatas tadi . Tambahan pula sel kita akan sentiasa ditukar ganti setiap 90 hari. Dan ianya memang selamat untuk dimakan !

Ini adalah kesimpulan yang PERTAMA.

Kesimpulan yang KEDUA

Cuba lihat hasil dari eksperimen diatas. Rendaman dalam kedua dua Vita C Shaklee tetap cantik, tiada lebam dan masih utuh. Kenapa ?

Ini kerana Vita-C adalah bersifat anti oksidan. Anti bermasud melawan. Anti oksida bermakna melawan pengoksidaan. Walaupun sudah 24 jam direndam dalam air , hasilnya tetap sama. Sama seperti  warna dan rupa asalnya. Mentennnn !

Dan kerana sebab itulah, vitamin C Shaklee menjadi pujaan ramai wanita. Sifatnya yang tinggi anti oksidan bertindak menentang dan melambatkan penuaan pada kulit dan wajah. Tidak seperti lain lain jenama vitamin C di pasaran yang hanya memberi perlindungaan saat itu sahaja, kandungan dalam SR Vita-C Shaklee ini  dibebaskan dalam sela masa setiap satu jam dalam tubuh kita selama lima jam  untuk memastikan badan kita sentiasa mendapat perlindungan anti pengoksidaan. Sebab itulah ia menjadi pilihan ramai !

Jadi saya harap dengan eksperimen dan penjelasan diatas akan dapat memberi gambaran yang jelas dan terang tentang isu ini. Jika ada sebarang kemuyskilan boleh berhubung terus dengan saya.

Anda nak cuba Vita-C Shaklee atau Vitalea ? Hubungi saya untuk konsultasi PERCUMA

*******************************************************************************************

Mahukan harga lebih jimat ? Daftar saja sebagai ahli, sekali untuk seumur hidup dan anda dapat jimat 15-20% untuk setiap vitamin. Juga berpeluang untuk jana pendapatan sampingan 4-6 angka sebulan! *******************************************************************************************

WhatApps/SMS: 010-545 0225010-545 0225
Shaklee ID: 864927
Email: myinfovitamin@gmail.com
Pengedar Sah Shaklee Bukit Beruntung, Rasa, Rawang dan KL (Jln Sultan Ismail).

**Disclaimer : Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

The post TERBONGKAR!! Vitalea Shaklee ROSAKKAN Buah Pinggang Pulak! appeared first on MyInfoVitamin.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 6

Latest Images